[cix] Charm used when the Seed is about to be sown
Lagi didalam Shurga
Bernama buah Khaldi,
Sampei ka dunia bernama buah S’ri, temiang S’ri
’Kan penghidup anak-anak Adam
Tumboh di tanah menang, di-menangkan Allah
Tumboh di tanah sakti, di-saktikan Allah,
Jangan rosak jangan binasakan
Buah S’ri, temiang S’ri
Karna apa sebab sudah bersumpah
Di bukit Saguntang Mahaberu,
Kalau ’kau rosakkan,
’Kau di-makan sumpah,
Di-makan besi kawi,
Di-timpa daulat ampat penjuru ʿalam;
Sidik-ku sidik-lah aku
Dengan berkat la-ilaha-illa-’llah
Muhammad Rasul Allah.