MATEMATIK TINGKATAN 2

(Joyce) #1

BAB 12 BAB 12


Bab 12 Sukatan Kecenderungan Memusat Bab 12 Sukatan Kecenderungan Memusat

CONTOH 16

Silvia menemu ramah 20 orang kawan-kawannya tentang masa
mereka bangun daripada tidur pada waktu pagi semasa cuti
sekolah yang lepas. Dapatan daripada temu ramah itu adalah
seperti di sebelah.
Organisasikan data masa (a.m.) itu dalam jadual kekerapan
mengikut kelas berikut.

Masa bangun pagi (a.m.)
6:00 6:35
5:01 6:42
6:22 5:40
5:30 7:23
6:03 6:15
6:40 5:41
5:20 6:45
6:50 5:35
6:40 6:05
6:50 6:35

Masa (a.m.) Gundalan Kekerapan
5:00 - 5:29
5:30 - 5:59
6:00 - 6:29
6:30 - 6:59
7:00 - 7:29

Daripada jadual kekerapan tersebut:
(a) Nyatakan bilangan murid yang bangun pada pukul 6:00 a.m. - 6:29 a.m.
(b) Perihalkan tentang jumlah kekerapan tertinggi dan terendah, masa murid bangun daripada tidur.
Penyelesaian:
(a) 5 orang murid
(b) Daripada jadual kekerapan itu didapati, murid paling
ramai bangun pada pukul 6:30 a.m. - 6:59 a.m. iaitu
8 orang. Hanya seorang sahaja murid yang bangun
pada pukul 7:00 a.m. - 7:29 a.m..

Masa (a.m.) Gundalan Kekerapan
5:00 - 5:29 2
5:30 - 5:59 4
6:00 - 6:29 5
6:30 - 6:59 8
7:00 - 7:29 1

12.1.4 Kelas mod dan min bagi suatu set
data terkumpul
Menentukan kelas mod
dan min bagi suatu set
data terkumpul.

CONTOH^17

Hasil kajian tentang wang saku mingguan, dalam RM, yang dibawa
oleh 30 orang murid SMK Tasek Damai ditunjukkan dalam jadual di bawah.

15 21 18 22 35 40 55 40 45 50
25 32 45 15 10 20 35 45 15 25
25 15 60 30 45 50 30 10 12 30

Wang saku (RM) Gundalan Kekerapan
1 - 10 2
11 - 20
21 - 30
31 - 40
41 - 50
51 - 60


  1. Lengkapkan jadual taburan kekerapan di bawah.

  2. Daripada jadual taburan kekerapan itu, nyatakan kelas yang mempunyai kekerapan tertinggi.
    Penyelesaian:



  3. Kelas yang mempunyai kekerapan tertinggi ialah kelas 21 - 30.
    Setelah data itu diorganisasikan, kita akan mengetahui kelas mod daripada nilai kekerapan yang
    paling tinggi. Dalam contoh di atas, kekerapan tertinggi ialah 8 dan kelasnya ialah 21 - 30. Maka,
    kelas 21 - 30 dikenali sebagai kelas mod.


CONTOH 18

Jadual kekerapan di bawah menunjukkan markah bagi ujian kecerdasan bagi 30 orang murid. Kenal
pasti kelas mod.

Penyelesaian:

Markah 40 - 44 45 - 49 50 - 54 55 - 59 60 - 64 65 - 69
Kekerapan 7 4 1 4 9 5

Kekerapan tertinggi = 9
Kelas mod = 60 - 64

Markah 40 - 44 45 - 49 50 - 54 55 - 59 60 - 64 65 - 69
Kekerapan 7 4 1 4 9 5

Kelas mod

Kekerapan tertinggi

Wang saku (RM) Gundalan Kekerapan
1 - 10 2
11 - 20 7
21 - 30 8
31 - 40 5
41 - 50 6
51 - 60 2

Kelas mod Kekerapan tertinggi
Free download pdf