BAB 13 BAB 13
Bab 13 Kebarangkalian Mudah Bab 13 Kebarangkalian Mudah
13.1 Kebarangkalian Eksperimen
13.2 Kebarangkalian Teori yang Melibatkan
Kesudahan Sama Boleh Jadi
13.3 Kebarangkalian Peristiwa Pelengkap
13.4 Kebarangkalian Mudah
- Probability
- Sample space
- Event
- Complement of
an event - Theoretical probability
- Experimental
probability - Tree diagram
- Kebarangkalian
- Ruang sampel
- Peristiwa
- Peristiwa pelengkap
- Kebarangkalian teori
- Kebarangkalian
eksperimen - Gambar rajah pokok
Pasukan merah jambu menentang
pasukan biru dalam satu perlawanan bola
jaring. Berdasarkan rekod, pasukan merah
jambu melakukan 12 jaringan daripada 18
percubaan. Pasukan biru melakukan 18
jaringan daripada 30 percubaan. Apakah
nisbah bilangan jaringan kepada bilangan
percubaan untuk pasukan merah jambu
dan pasukan biru? Pada pendapat anda,
pasukan manakah yang akan memenangi
perlawanan tersebut?
RANGKAI KATA
Untuk maklumat lanjut:
MASLAHAT BAB INI
Ahli ekonomi menggunakan ilmu
kebarangkalian dalam meramalkan kenaikan
atau penurunan nilai saham, bergantung
pada keadaan ekonomi semasa dan faktor
politik sesebuah negara.
Ahli meteorologi menggunakan ilmu
kebarangkalian dalam meramal perubahan
cuaca dan angin untuk keesokan harinya
dan hari-hari mendatang.
Ahli perniagaan juga menggunakan ilmu
kebarangkalian dalam mengkaji statistik
keuntungan perniagaan mereka dan
meramalkan keuntungan yang bakal dan
yang ingin diperoleh.
Richard Carl Jeffrey seorang ahli falsafah
yang inovatif pada abad ke-20. Beliau
juga merupakan salah seorang ahli jabatan
falsafah di Universiti Princeton antara tahun
1974-1999. Beliau banyak menyumbang
idea dalam bidang logik dan statistik. Buku
‘The Logic of Decision’ hasil penulisan
beliau, menceritakan teori baru berkaitan
dengan membuat keputusan dalam keadaan
ketidakpastian dan kepercayaan kepada
kemungkinan. Hasil penulisan beliau
digunakan secara meluas dalam bidang
logik termasuk ‘Formal Logic: Its Space
and Limits’ dan ‘Computability and Logic’.
Beliau juga menghasilkan buku ‘Probability
and the Art of Judgement’ dan ‘Subjective
Probability: The Real Thing’.
http://rimbunanilmu.my/mat_t2/ms277
ANDA AKAN MEMPELAJARI