KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

6 Menulis perkataan dengan dengan
jarak yang seragam. (Intervensi
Keempat)


/ Peserta mendapat skala
sangat tidak memuaskan.

Jadual 2 : Senarai Semak Pemerhatian Intervensi 4
Rajah 1 menunjukkan graf perbandingan peratus kekerapan analisis pemerhatian
intervensi dua dan intervensi empat. Hasil dapatan menunjukkan terdapat peningkatan
tertinggi yang ketara. Setiap peserta kajian memberikan peningkatan semasa pengkaji
menjalankan aktiviti intervensi kajian terhadap mereka.
Berdasarkan analisis perbandingan yang dijalankan, pengkaji dapat menyimpulkan
bahawa peningkatkan peserta kajian berada di tahap yang memberangsangkan. Jika
dilihat pada data di atas, hasil data yang ditunjukkan sebelum intervensi adalah sangat
mengecewakan pengkaji kerana kemahiran menulis peserta kajian berada pada tahap
yang rendah. Namun, selepas aktiviti intervensi dijalankan, dapatan data pemerhatian
menunjukkan bahawa peserta kajian telah mencatatkan peratusan kekerapan yang
baik serta berada di tahap memuaskan dan sangat memuaskan.
Secara keseluruhannya, aktiviti intervensi dapat meningkatkan kekemasan tulisan
dengan menggunakan Kit SKH secara ansur maju. Sebelum intervensi dilaksanakan,
peserta kajian melakukan pelbagai kesalahan seperti kecondongan huruf, jarak antara
huruf, jarak antara perkataan dan huruf menyerupai huruf lain. Walau bagaimanapun,
selepas aktiviti intervensi Kit SKH secara ansur maju diperkenalkan, terdapat banyak
peningkatan yang berlaku iaitu peserta kajian telah berjaya memperbaiki dan
meningkatkan kekemasan tulisan. Dengan memperkenalkan penggunaan kotak huruf
dalam peringkat-peringkat aktiviti intervensi, peserta kajian dapat menulis bentuk huruf
dengan baik tanpa kecondongan dan huruf menyerupai huruf lain. Penggunaan kotak
huruf dalam ayat juga membantu peserta kajian dalam melatih mereka menjarakkan
huruf antara huruf dengan betul dan menjarakkan perkataan pada jarak yang betul dan
seragam. Oleh itu, hasil perbandingan data pemerhatian jelas menjawab soalan kajian
kedua iaitu "Bagaimanakah murid menguasai kemahiran kekemasan tulisan
menggunakan Kit SKH secara ansur maju?".
Free download pdf