KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
meningkatkan kekemasan tulisan peserta kajian. Di samping itu, pengkaji melihat
sendiri bagaimana lembaran intervensi yang terdapat pada Kit "SKH" yang pengkaji
berikan kepada peserta kajian membantu dalam menghasilkan tulisan yang kemas
dan teratur. Jika dilihat pada lembaran intervensi, terdapat latihan menulis
menggunakan kotak huruf membantu peserta kajian menulis menghasilkan tulisan
yang cantik dan kemas. Kaedah ansur maju merupakan satu kaedah pengajaran yang
menekankan cara-cara menguasai kemahiran bermula dengan langkah yang paling
asas sebelum beralih kepada langkah yang lebih sukar arasnya adalah amat berkesan
bagi mengurangkan kesilapan menulis huruf. Malah pengkaji juga dapat melihat
perubahan pada sikap peserta kajian iaitu mereka menjadi lebih teliti semasa
melaksanakan aktiviti menulis dan berusaha untuk memperbaiki tulisan. Secara
keseluruhannya, Kit "SKH" secara ansur maju yang bersandar kepada teori
konstruktivisme iaitu membina daripada asas kepada yang sukar sebagai salah satu
elemen untuk mengukuhkan kajian ini bagi mengatasi masalah kekemasan tulisan.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, pengkaji
mendapati bahawa peserta kajian telah menunjukkan peningkatan ketara dalam
kekemasan tulisan setelah intervensi Kit "SKH" secara ansur maju dilaksanakan. Hal
ini membuktikan bahawa Kit "SKH" secara ansur maju telah berjaya membantu
peserta kajian dalam meningkatkan kekemasan tulisan. Pengkaji juga mencadangkan
kajian seterusnya perlu mengubahsuai cara menggunakan Kit "SKH" secara ansur
maju supaya lebih difahami oleh peserta kajian. Contohnya, pengkaji seterusnya
menambah penggunaan warna pada kotak huruf supaya dapat menarik minat murid
agar lebih mudah memahami penggunaan Kit SKH tersebut seperti dalam rajah 1.
Menurut Chang, Xu & Watt (2018), penggunaan warna telah terbukti memainkan
peranan penting dalam merangsang emosi yang berlainan dan menarik perhatian
murid. Penggunaan warna dapat membantu murid untuk meningkatkan kecekapan
mereka. (Vetter, Ward, & Shapiro, 1995).


Rajah 1 : Kotak Ayat Berwarna
Free download pdf