Hasil dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Hasil Dapatan Ujian Pra Peserta A
Hasil Dapatan Ujian Pasca Peserta A
Rajah 7: Hasil dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca Peserta A
Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Jadual 1: Analisis Dapatan Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Peserta Ujian Pra Ujian Pasca Perbezaan Markah
Kajian Markah Peratus Markah Peratus (Ujian Pasca ± Ujian
(10) (%) (10) (%) Pra)
Peserta A 4 40 9 90 5
Jadual 1 merupakan analisis dapatan ujian pra dan ujian pasca yang menunjukkan
bahawa terdapat peningkatan markah peserta kajian. Pada Ujian Pra, Peserta A hanya
mendapat 40% namun setelah melaksanakan intervensi, Peserta A menunjukkan
peningkatan sebanyak 90% dalam Ujian Pasca. Peningkatkan sebanyak 50% telah
membuktikan bahawa penggunaan alat bantu belajar RoPuhan dapat meningkatkan
penguasaan murid Tahun 3 terhadap penggunaan imbuhan awalan meN- dalam
menghasilkan kata kerja terbitan dengan betul.
Hasil dapatan Soal Selidik
Borang soal selidik disediakan dalam bentuk item-item soalan untuk mendapatkan
data dan maklumat mengenai persepsi subjek kajian terhadap isu atau masalah yang
ingin dikaji. Soal selidik ini diberi kepada peserta kajian sebelum dan selepas intervensi
dilakukan.