KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PESERTA KAJIAN

Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid Tahun 5 dari salah sebuah sekolah di
daerah Tuaran, Sabah. Kesemua murid adalah berbangsa Dusun yang terdiri daripada
dua orang murid perempuan dan seorang murid lelaki. Mereka berasal daripada latar
belakang keluarga yang sama iaitu berstatus sederhana. Jadual dibawah
menunjukkan maklumat peserta kajian.
Jadual 1: Maklumat Peserta Kajian
Peserta Kajian Maklumat
Bilangan peserta kajian 3 orang
Tahun 5
Jantina Dua orang perempuan dan seorang
lelaki
Tahap pencapaian Lemah


METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), metadologi membawa maksud sistem
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin. Oleh itu, metadologi kajian ini akan membincangkan tentang reka bentuk
kajian, instrumen kajian dan prosedur ataupun proses menganalisis data bagi
menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan. Metadologi menerangkan cara
sesuatu masalah yang terjadi dan sebab sesuatu teknik dan kaedah tertentu
digunakan. Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan. Kajian tindakan merupakan
satu kaedah penyelidikan dalam pendidikan. Ini kerana, setiap guru perlu
mengenalpasti setiap masalah yang berlaku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Lebar, 2011). Masalah yang dikenalpasti memerlukan tindakan
penyelesaian yang terbaik agar memberi kesan yang positif terhadap pengajaran dan
pembelajaran. Dalam kajian ini saya telah menggunakan instrumen Ujian Pra dan
Ujian Pos untuk mengumpul dan menganalisis data. Kaedah ini merupakan kaedah
yang paling sesuai untuk membuktikan dan menjawab persoalan kajian dalam kajian
tindakan ini.
Ujian Pra dan Ujian Pos ini saya gunakan untuk menilai peningkatan yang
ditunjukkan oleh peserta kajian. Ujian Pra akan diberikan sebelum sesi intervensi
dimulakan. Ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia
ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu
prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang

Free download pdf