Jadual 2: Panduan kriteria pemarkahan Ujian Pra dan Ujian Pos
Julat Markah Tahap Keberkesanan
0 - 39 Belum mencapai tahap minimum
40 - 49 Mencapai tahap minimum
50 - 64 memuaskan
65 - 79 baik
80 - 100 cemerlang
Jadual 3: Skala markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Bilangan ayat Tahap Penguasaan
0 - 2 Rendah (menguasai dengan rendah)
3 - 4 Sederhana (menguasai dengan
sederhana)
5 - 6 Tinggi (menguasai dengan tinggi)
Secara keseluruhan, markah peserta kajian akan dijumlahkan mengikut
skor bilangan ayat yang diperoleh. Skor tersebut akan dijadikan peratus
menggunakan formula bagi memudahkan analisis data dilakukan. Peratusan
markah yang diperolehi pada peringkat awal dan akhir kajian ini akan
menunjukkan pencapaian peserta kajian. Selepas analisis data dilakukan, hasil
dapatan tersebut akan digunakan oleh pengkaji untuk membuat perbandingan
pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos.
Seterusnya, peratus markah tersebut diskalakan untuk
mengkategorikan pencapaian peserta kajian. Enam tahap keberkesanan
diberikan menggunakan skor pemarkahan analitik berdasarkan peratusan yang
diperoleh oleh setiap peserta kajian. Berikut merupakan jadual perbezaan skor
Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijawab oleh peserta kajian.