DAPATAN KAJIAN
Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos ini digunakan untuk mengukur dan
menjawab persoalan kajian yang telah dibina. Ujian Pra ini dijalankan sebelum
intervensi dilakukan dan bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang
pengetahuan dan kemahiran sedia ada peserta kajian mengenai tajuk yang
dikaji. Manakala Ujian Pos pula akan dijalankan selepas sesi intervensi untuk
menilai keberkesanan teknik Apartmen AYMAGA (D-S-L) yang telah
dilaksanakan dalam membantu peserta kajian dalam membina ayat majmuk
gabungan. Hasil daripada analisis membuktikan sama ada teknik yang
diperkenalkan ini berkesan dengan melihat kepada sama ada berlakunya
peningkatan markah selepas intervensi dilakukan.
Dalam ujian pra dan ujian pos ini, semua peserta kajian akan diberikan
akan diberikan enam soalan yang sama. Soalan yang disediakan ialah soalan
jenis berpandu. Pengkaji telah menyediakan panduan dengan memberikan dua
ayat tunggal dan kata hubung yang akan digunakan. Peserta kajian hanya perlu
menggabungkan ayat tersebut dan menyusunnya dengan menggunakan
struktur ayat yang betul. Jawapan hendaklah ditulis dalam ruangan yang telah
disediakan dengan betul, tepat dan lengkap.
Jadual 5: Perbezaan markah dan peratus peserta kajian dalam ujian pra dan ujian
pos.
Peserta
kajian
Ujian Pra
( /6)
Markah
( /100)
Ujian Pos
( /6)
Markah
( /100)
Peserta A 1 17 % 4 67 %
Peserta B 2 33 % 5 83 %
Peserta C 0 0 % 3 50 %
Jadual 6: Markah dan peratus peserta kajian A
Peserta A
Jenis Ujian Bilangan Ayat yang Betul
( /6)
Markah (%)
Ujian Pra 1/6 17%
Ujian Pos 4/6 67%