ini dapat membantu peserta C membina ayat majmuk gabungan dengan
struktur ayat yang betul.
Rajah 5: Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos peserta kajian
Rajah diatas menunjukkan perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian
Pos yang telah dijalankan sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi. Jika
dilihat melalui rajah diatas, kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan
dalam membina ayat majmuk gabungan dengan markah tertinggi diperolehi
oleh peserta B dengan markah sebanyak 83 peratus dengan bilangan ayat
majmuk gabungan yang dibina dengan betul iaitu 5/6 soalan. Manakala markah
terendah pula diperolehi oleh peserta C dengan markah sebanyak 50 peratus
dengan bilangan ayat majmuk gabungan yang dibina dengan betul iaitu 3/6
soalan.
0
1
2
3
4
5
6
Peserta A Peserta B Peserta C
Bilangan Ayat Yang Betul Mengikut Peserta
Ujian Pra Ujian Pos