KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Rajah 1 : Pelaksanaan Kajian Berdasarkan Model Kurt Lewin 1946
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan model Kurt Lewin 1946. Kajian ini
dikukuhkan melalui pengumpulan data-data yang digunakan sebagai bahan bukti. Dua
kaedah pengumpulan data awal dijalankan bagi mengenal pasti masalah murid iaitu
temubual dan analisis dokumen. Bagi memastikan masalah dan peserta kajian dipilih
dengan betul, pengkaji turut menemu bual pelajar dan guru Bahasa Melayu mereka
sebelum ini. Guru Bahasa Melayu berkongsi tentang murid yang lebih banyak
menggunakan ayat tunggal apabila membina petikan. Pengkaji juga menganalisis
dokumen iaitu latihan yang telah disiapkan oleh murid dalam buku latihan ketika
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lalu. Berdasarkan hasil jawapan peserta
kajian tersebut, pengkaji telah mendapati ketiga-tiga peserta kajian mengalami
beberapa masalah dalam membina ayat majmuk. Peserta kajian tidak memahami
kehendak soalan dan tidak dapat menjawab dengan tepat.. Pengkaji menganalisis
hasil lembaran kerja peserta kajian bagi mencari kelemahan peserta kajian dan juga
mencari kaedah bagi menyelesaikan masalah peserta kajian.


OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
Berikut ialah objektif khusus dalam kajian tindakan ini iaitu :
Free download pdf