KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Kesimpulannya, kemahiran membaca perlu diambil serius agar tidak memberikan
kesan buruk kepada murid daripada segi akademik dan sosial. Hal ini kerana,
kemahiran membaca merupakan asas yang perlu dikuasai oleh murid dalam setiap
mata pelajaran (Abdul Rasihd Jamian, 2018). Misalnya, ketinggalan dalam bidang
akademik atau pencapaian mereka rendah dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan
mata pelajaran yang lain. Ini menyebabkan murid kurang berminat untuk belajar malah
ada yang terus tidak suka ke sekolah. Akibatnya juga, daripada segi psikologi keadaan
ini menyebabkan murid berasa kecewa, bosan dan tidak gemar membaca


Oleh yang demikian, bagi menambah baik lagi penyelidikan yang dilaksana ini,
terdapa beberapa cadangan yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah
mengaplikasikan permainan bahasa dalam proses intervensi untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca. Menurut Sumiyati (2011), ketika bermain akan
berlaku pelbagai penerokaan, penemuan, penciptaan, perkembangan pemikiran,
perkembangan bahasa, perkembangan motor halus dan kasar, imaginasi dan kreativiti.
Oleh itu, pengkaji harus merancang dan menjalankan permainan bahasa yang sesuai
dengan tahap penguasaan mereka sebagai salah satu langkah intervensi yang
dijalankan bersama murid. Misalnya, menjalankan teka silang kata dengan meminta
murid mencari perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh pengkaji
menggunakan Kad SuKaWarna. Murid perlu menyebut gambar yang dilihat, kemudian
baru mencari perkataan di dalam teka silang kata tersebut. Permainan ini membantu
mereka untuk mengetahui cara menyebut suku kata dengan betul.

Free download pdf