masalah sebenar tidak diketahui lagi dan mengapa masalah berkenaan berlaku dalam
amalan.Proses Pelaksanaan KajianPengkaji menjalankan proses pelaksanaan berdasarkan kepada Model Lingkaran
Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988) seperti yang berikut :
Fasa Kajian Tindakan
Fasa PertamaMembuat refleksi dan
membuat tinjauan awal- Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid
 semasa sesi pengajaran kemahiran membina ayat
 majmuk.
- Memeriksa lembaran hasil kerja murid daripada
 proses pembelajaran tentang ayat majmuk.
 Fasa Kedua
Merancang- Meracang tindakan untuk menyelesaikan masalah
 yang dihadapi oleh murid seperti kaedah
 intervensi yang ingin dilaksanakan.
- Merancang objektif yang sesuai dengan masalah
 yang dihadapi.
- Menyediakan soalan kajian berdasarkan objektif
 yang dibentuk.
- Membuat instrument untuk mengumpul data
 seperti ujian diagnostik dan ujian pencapaian.
Fasa Ketiga
BertindakMenjalankan intervensi yang telah dirancang :i. Menjalankan ujian pra.
ii. Menjalankan intervensi Peringkat I, Peringkat
II, Peringkat III, Peringkat IV dan Peringkat V.
iii. Menjalankan ujian pasca.
Fasa KeempatMemerhati- Merekod hasil pemerhatian semasa ujian pra dan
 ujian pasca.
- Menganalisis data yang telah dikumpul untuk
 menilai keberkesanan tindakan yang telah
 dijalankan.
- Membuat laporan berdasarkan dapatan kajian yang
 diperoleh.
