KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
peserta kajian sangat lemah dan tidak menguasai kemahiran membina ayat majmuk
gabungan.

Pelaksanaan kajian tindakan ini juga telah memberi kesedaran kepada pengkaji
bahawa setiap murid mempunyai peluang tersendiri untuk memperbaiki kelemahan
mereka sekiranya diberikan peluang dan bimbingan yang berterusan serta kaedah
rawatan yang sesuai. Pengkaji turut menyedari bahawa pengaplikasian teknik
TeGaPoGa dalam membina ayat majmuk dapat membantu pengkaji meningkatkan
kemahiran peserta kajian membina ayat majmuk gabungan dengan lebih baik. Selain
menghasilkan inovasi kaedah pengajaran dalam topik ayat majmuk, pengkaji juga
dapat melihat peserta kajian berminat dengan penggunaan teknik TeGaPoGa semasa
aktiviti membina ayat majmuk. Oleh itu, pemilihan fokus kajian yang berkisar tentang
kemahiran membina ayat majmuk dalam kalangan murid Tahun Tiga ini sangat sesuai.


Hal ini menyebabkan peserta kajian dapat mengembangkan idea dalam aspek
penulisan yang selanjutnya pada masa yang akan datang. Pada pendapat pengkaji,
pengaplikasian teknik TeGaPoGa ini dapat menjawab semua persoalan kajian
pengkaji. Selain meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk. Pengkaji juga dapat
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran pengkaji di sekolah. Oleh itu,
pengkaji akan berusaha meneruskan penggunaan teknik TeGaPoGa ini dalam
pengajaran pengkaji kelak dan sentiasa membuat penambahbaikan dalam teknik ini.


CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam penyelidikan ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada peningkatan kemahiran
PHPELQDD\DWPDMPXNJDEXQJDQGHQJDQNDWDKXEXQJμGDQ¶GDQμVDPELOEDJLPXULG
Tahun Tiga sahaja. Kemahiran tersebut masih berada pada kemahiran aras rendah.
Pengkaji tidak menekankan struktur ayat yang gramatis memandangan peserta kajian
dalam kajian ini disediakan binaan ayat dan kata hubung. Peserta kajian hanya perlu
menggabungkan namun kemahiran ini telah menjadi fokus kajian pengkaji. Hal ini
disebabkan tinjauan awal yang dijalankan pengkaji mendapati kesemua peserta kajian
suka menulis perkataan yang sama secara berulang dalam membina ayat majmuk
dengan kata hubung yang diberikan. Peserta kajian menjadikan dua ayat yang
diberikan menjadi satu ayat panjang iaitu menggabungkannya dengan kata hubung
diberikan tanpa menggugurkan salah satu perkataan yang sama pada salah satu ayat
tersebut. Lebih-OHELKODJLSDGDNDWDKXEXQJJDEXQJDQVHSHUWLμGDQ¶GDQμVDPELO¶

Free download pdf