Setelah pengkaji menganalisis lembaran kerja murid, pengkaji mendapati
terdapat murid yang sukar untuk mengembangkan idea semasa membina ayat
berdasarkan perkataan yang diberikan di pada lembaran kerja. Berdasarkan
pemerhatian pengkaji, murid tersebut mengambil masa yang lama untuk membina
ayat kerana tidak mempunyai idea untuk memulakan dan mengembangkan ayat. Hal
ini sudah pasti menjejaskan markah murid untuk mendapat markah penuh dalam
peperiksaan. Rajah berikut menunjukkan contoh murid yang tidak dapat
mengembangkan idea semasa membina ayat:
Rajah 1 Contoh kesalahan murid yang tidak dapat mengembangkan idea
Selain itu, terdapat juga murid yang sering memulakan ayat menggunakan kata
kerja. Hal ini disebabkan oleh murid tidak memahami struktur binaan ayat yang betul.
Selain itu, murid juga dipengaruhi oleh bahasa percakapan iaitu bahasa pasar dengan
menggunakan bahasa tempatan semasa membina ayat. Contoh permasalahan ini
boleh didapati pada kajian Saiful Anwar Mustaffa (2010). Berdasarkan kajian tersebut,
pengkaji dapat mengesan kesalahan yang dilakukan oleh murid. Kesalahan yang
paling ketara adalah berkaitan dengan struktur dan tatabahasa ayat. Sebagai contoh,
PXULG PHQXOLV D\DW ³.HWDZD LEX PHQRQWRQ FHULWD LWX ́ 6WUXNWXU D\DW \DQJ EHWXO
mempunyai empat pola ayat sahaja iaitu Kata Nama + Kata Nama, Kata Nama + Kata
Kerja, Kata Nama + Kata Adjektif, Kata Nama + Kata Sendi Nama. Berdasarkan pola
D\DWWHUVHEXWMHODVPHQXQMXNNDQKDQ\D³.DWD1DPD ́VDKDMD\DQJEROHKGLJXQDNDQGL
awal ayat. Rajah berikut merupakan contoh murid memulakan ayat dengan kata kerja:
Rajah 2 Contoh kesalahan murid memulakan ayat dengan kata kerja