KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
DAPATAN KAJIAN

Bagi bab ini, pengkaji akan menghuraikan dapatan kajian seterusnya menjawab
soalan kajian.


Adakah murid Tahun 5 dapat mengaplikasikan teknik SiBaTaPA untuk
mengembangkan idea bagi membina ayat yang gramatis?


Bagi menjawab soalan kajian di atas, pengkaji menggunakan hasil peningkatan
markah peserta kajian dari Ujian Pra hingga ke Ujian Pos. Ujian Pra dan Ujian Pos ini
ini telah dianalisis dan keseluruhan peserta kajian menunjukkan peningkatan markah
yang sangat baik. Melalui dapatan markah peserta kajian daripada Ujian Pra, pengkaji
dapat mengenal pasti tiga tahap penguasaan murid iaitu tahap minimum, kurang
memuaskan dan juga memuaskan. Namun begitu, tahap pencapaian markah bagi
kelima-lima peserta kajian berubah dan meningkat kepada cemerlang. Hal ini
membuktikan bahawa murid dapat mengaplikasikan teknik SiBaTaPA untuk
mengembangkan idea bagi membina ayat gramatis.


Jadual 2 Analisis Ujian Pra dan Pos Peserta Kajian

Peserta
Kajian

Markah
Ujian Pra
(%)

Tahap
Penguasaan

Markah
Ujian Pos
(%)

Peningkatan
Markah (%)

Tahap
Penguasaan

A 16 Tahap
Minimum

100 84

Cemerlang

B 25 Kurang
Memuaskan

100 75
C 33 100 67
D 41 Memuaskan 100 59
E 50 100 50
Purata Ujian Pra (%) 40
Purata Ujian Pos (%) 100
Peningkatan Purata (%) 60

Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos, PK A telah meningkat daripada tahap
minimum hingga ke cemerlang. Manakala PK B dan C pula telah meningkat daripada
kurang memuaskan kepada cemerlang. Seterusnya, PK D dan PK E juga telah
meningkat pencapaiannya daripada memuaskan kepada cemerlang. Oleh itu, hal ini

Free download pdf