KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

diingati oleh peserta kajian. Bahagian yang menunjukkan kata arah atau tempat
mempunyai dua kotak manakala bahagian yang menunjukkan kata kerja
mengandungi satu kotak. Dua kotak bermaksud perkataan itu dijarakkan, manakala
satu kotak bermaksud perkataan ditulis secara dekat. Hal ini bermaksud, setiap kotak
mewakili satu perkataan sahaja.


Perancangan yang teliti dilakukan agar kajian dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan mencapai objektif serta memastikan setiap persoalan kajian terjawab.
Sebelum menjalankan ujian pra, pengkaji membuat persediaan terlebih dahulu
sebelum sesi PdPc berlangsung. Ujian pra dijalankan selama 20 minit dan didapati
lima orang murid mengalami masalah untuk menentukan penggunaan /di/ yang betul
dalam ayat. Sejurus itu, pengkaji memperkenalkan penggunaan KoDi kepada peserta
kajian. Selepas melaksanakan beberapa aktiviti menggunakan KoDi, BBM tersebut
disingkirkan dan ujian pasca dijalankan. Tujuannya supaya penilaian dapat dibuat
untuk melihat keberkesanan intervensi KoDi bagi membantu meningkatkan
penguasaan penggunaan kata sendi nama /di/ dan imbuhan awalan di- dalam
kalangan peserta kajian. Ujian ini mengandungi dua bahagian iaitu struktur dan
objektif.


DAPATAN KAJIAN


Pengkaji menganalisis data secara kualitatif melalui instrumen ujian, temu bual dan
soal selidik. Namun demikian, instrumen ujian bertulis digunakan oleh pengkaji bagi
menjawab persoalan pertama dalam kajian ini LDLWX³$SDNDKWDKDSSHQJXDVDDQPXULG
Tahun 4 terhadap penggunaan /di/ sebagai kata sendi nama dan imbuhan awalan
melalui KoDi? Hasil dapatan ujian pra dan ujian pasca dianalisis untuk melihat
perubahan atau peningkatan selepas peserta kajian menerima intervensi daripada
pengkaji. Markah ujian pra dan pasca dimasukkan dalam bentuk jadual. Analisis
dapatan ujian pra dan pasca dimuatkan dalam jadual 1 menunjukkan peratus
peningkatan melalui perbandingan peratusan markah yang diperoleh peserta kajian
sebelum dan selepas menjalani beberapa intervensi.

Free download pdf