kemahiran sebutan walaupun pada awalnya mereka memperoleh markah yang rendah,
namun selepas menjalankan intervensi mereka menunjukkan peningkatan yang sangat
baik. Hal ini jelas membuktikan bahawa Animasi Pemantun Terhebat sangat membantu
murid dalam meningkatkan kemahiran sebutan ketika melafazkan pantun. Murid yang
asalnya lemah menyebut beberapa perkataan boleh menyebut perkataan dengan betul
dan jelas.
Selain daripada melihat kepada perbandingan antara markah setiap murid yang
sememangnya menunjukkan peningkatan yang ketara, pengiraan min bagi ujian pra dan
ujian pos juga jelas dapat dilihat. Pengiraan min ini adalah menunjukkan purata markah
bagi keseluruhan murid semasa ujian pos dan ujian pra. Peningkatan markah min untuk
ujian pos dan ujian pra adalah seperti dalam jadual berikut:
Jadual 12
Perbandingan Markah dan Min Ujian Pra dan Ujian Pos
Kod Murid Ujian Pra
(%)
Ujian Pos
(%)
M1 30 70
M2 30 50
Min 30 60
Berdasarkan Jadual 12 di atas, peningkatan yang dapat dilihat sangat ketara.
Peningkatan ini dapat dilihat sekiranya dibandingkan antara min pada ujian pra iaitu
sebanyak 30 peratus dan meningkat kepada 60 peratus semasa ujian pos dijalankan. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar Animasi Pemantun.
Terhebat telah berjaya meningkatkan pencapaian dan peningkatan penguasaan
kemahiran sebutan melafazkan pantun dalam kalangan murid khasnya. Kesimpulannya,
pengkaji merumuskan bahawa penggunaan Animasi Pemantun Terhebat ini
sememangnya akan memberikan impak positif kepada murid untuk meningkatkan
kemahiran sebutan dalam melafazkan pantun sekaligus menjawab soalan kajian yang
dan mencapai objektif kajian.