murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Menurut Rozie (2014),
penggunaan teknik berbentuk jadual dapat membantu murid membina ayat dengan
baik kerana mudah difahami, diingati dan digunakan. Tambahan pula, murid dapat
melihat dengan jelas cara untuk meluaskan predikat ayat tunggal melalui penggunaan
Teknik Lampu SKAL seperti yang terdapat dalam rajah berikut:
Rajah 2 : Jadual Teknik Lampu SKAL
Berdasarkan rajah 5 tersebut, Teknik Lampu SKAL diakronimkan iaitu S
merujuk kepada Siapa, K merujuk kepada kata kerja, A merujuk kepada alat dan L
merujuk kepada lokasi. Teknik Lampu SKAL ini berbentuk jadual iaitu murid perlu
menulis pada ruangan kotak yang disediakan untuk membina ayat tunggal. Pengkaji
telah menggunakan pendekatan teknik penyoalan untuk membantu murid
mengembangkan ayat tunggal dengan lebih mudah. Pengkaji menggunakan imej
lampu isyarat sebagai panduan untuk membina ayat tunggal.