KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGENALAN
Konteks
Pengkaji merupakan guru pelatih opsyen bahasa Melayu telah menjalani praktikum
Fasa I di SK Selupoh dan praktikum fasa II di SK Putrajaya Presint 11(2) masing-
masing selama tiga bulan. Pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar kelas Tahun
4 dan kelas Tahun 5 untuk subjek bahasa Melayu. Dan telah mengambil dua orang
daripada murid tahun 4 daripada SK Selupoh dan dua orang murid di tahun 5 daripada
SK Putrajaya. Keempat-empat daripada mereka menunjukkan rasa kurang minat
dalam pembelajaran mata pelajaran berkaitan simpulan bahasa dan mempunyai
kesukaran mengingati serta memahami maksud simpulan bahasa yang mudah
walaupun sudah berada di tahap dua. Marzano (2003) menyatakan tindakan guru
dalam bilik darjah mempunyai dua kali ganda impak dalam pencapaian murid. Justeru,
adalah menjadi tanggungjawab sebagai seorang guru menyediakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang efektif bagi mengelakkan murid yang lemah daripada
ketinggalan dalam pembelajaran mereka serta memandang ringan akan topik
berkaitan simpulan bahasa.


Fokus Kajian
Kebanyakan murid menganggap topik simpulan bahasa merupakan topik pelajaran
yang susah dan mengelirukan menginjak kepada kurang diminati. Mengikut cara
tradisional, guru-guru hanya mengajar dan memberi ilmu pengetahuan secara lisan
serta hanya memberi latihan bertulis yang klise sebagai pengukuhan. Murid-murid
menjadi bosan akibat mendengar dan melihat pada kandungan buku dan latih tubi
sepanjang masa dan menyebabkan ingatan jangka pendek. Oleh demikian kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah perlu bagi meningkatkan
pengetahuan dan penguasaan serta pemahaman mereka terhadap simpulan bahasa
dan seterusnya memupuk minat murid terhadap topik tersebut.


Dwyer (1970) menyatakan bahawa sebanyak 83% keberkesanan tercapai
apabila manusia belajar melalui deria penglihatan.seperti grafik, dapat memberi kesan
yang lebih efektif kepada murid untuk mengingati sesuatu dalam jangka masa yang
agak panjang. Jadi, kajian ini mengambil pemberatan untuk menggunakan kad
bergambar, mengambil kepada teori pembelajaran Kecerdasan Pelbagai yang
diasaskan oleh Howard Gardner (1983) yang menyatakan bahawa kanak-kanak
belajar melalui pelbagai cara sama ada melalui kata-kata, angka, gambar dan warna,
nada suara, interaksi dengan orang lain atau diri sendiri, alam dan mungkin melalui
pengamatan tentang hakikat sesuatu. Keterujaan murid dalam PdPc akan bertambah

Free download pdf