KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

dan Wan Hanim (2015) yang mendapati bahawa pembelajaran visual telah
meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid dalam topik pembelajaran.


Kajian turut mendapati penggunaan kad bergambar mendorong kepada
suasana PdP yang lebih menyeronokkan dan lebih berkesan. Rosnah Yunus (2016)
mendapati bahawa kad bergambar merupakan salah satu medium berkesan dalam
PdP Jawi dan membawa kepada peratusan sebanyak 83% peningkatan pencapaian
murid setelah proses PdPc dilaksanakan dengan metod tersebut. Kajian lain juga oleh
Hafizah dan Aliza (t.t) yang turut menggunakan kad bergambar sebagai metod
pengajaran ialah daripada yang mengklasifikasikan penggunaan kad imbasan berjaya
membantu kanak-kanak Orang asli dalam mengenal dan mengecam abjad dan
peningkatan ketara berlaku selepas ujian pos dilaksanakan.


Kad bergambar juga telah dibuktikan berjaya melalui kajian daripada luar
negara dan kebanyakannya menjurus kepada keberkesanan pencapaian metod.
Melalui hasil kajian proses PdPc luar negara dari Indonesia oleh (Novi, Odo 2021)
yang menunjukkan keberhasilan penggunaan kad bergambar membantu
memudahkan guru dalam penyampaian bahan pembelajaran, pelajar juga lebih
bersemangat, teruja dan sangat gembira untuk belajar dan membuatkan mereka
berani untuk tampil maju di hadapan kelas. Keberkesanan kad bergambar juga dapat
diiktiraf melalui kajian yang dilakukan Jonathan, Nesa & Bradford (2012) yang
menyatakan pelajar yang menggunakan kad bergambar kebanyakannya memperoleh
markah tertinggi daripada murid yang tidak menggunakannya. William (2019) dalam
kajiannya, kad bergambar mampu meningkatkan pembelajaran dan menyatakan
malah pelajar perubatan turut menggunakan metod ini sebagai kaedah mengulang kaji
dan mengingat sesuatu perkara. Jelaslah, prakarsa menggunakan kad bergambar
sebagai kaedah pengajaran memenifestasikan kebaikan menyeluruh sama ada
kepada guru mahupun pelajar tersebut.


Kaedah pelaksanaan bagi kajian ini adalah berdasarkan pengimplementasian
teori Kemmis & McTaggard (1988) yang berasaskan empat peringkat iaitu merefleks
ke atas isu simpulan bahasa yang menjadi permasalahan utama kajian ini.
Seterusnya, pengkaji merancang pelan tindakan/intervensi yang melibatkan kad
bergambar bagi mengatasi masalah tersebut. Selanjutkan pengkaji akan bertindak
mengatasi masalah yang menjadi fokus dengan memperbanyak latihan dan
mengimprovisasi kad bergambar dengan aktiviti yang menarik dilakukan. Akhir sekali,

Free download pdf