sebagai salah satu kaedah pengumpulan data. Pengkaji telah menganalisis
latihan peserta kajian yang telah diberikan semasa intervensi Munsyi Cilik
dijalankan. Tujuan adanya latihan-latihan ini adalah bagi memudahkan pengkaji
menilai tahap perkembangan peserta kajian dalam kajian ini. Dalam kajian
tindakan ini, sebanyak tiga latihan yang diberikan semasa kajian dilaksanakan
manakala latih tubi pula sebanyak satu soalan sebagai latihan pengukuhan.
Rajah 3 : hasil kerja intervensi peserta kajian
Secara keseluruhannya, analisis dokumen sangat membantu pengkaji dalam
mengumpul data dan membuat perbandingan perkembangan peserta kajian.
Maklumat yang diperoleh juga bersifat telus dan tiada sebarang penipuan. Hal ini
kerana, dokumen-dokumen tersebut diperoleh terus daripada peserta kajian.
Setelah menganalisis dokumen yang telah diberikan semasa intervensi dijalankan
pengkaji mendapati peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang positif.
Peningkatan yang ditunjukkan membuktikan bahawa peserta kajian telah
menguasai kosa kata bahasa Melayu dan mampu untuk menghasilkan penulisan
ayat dengan menggunakan perkataan bahasa Melayu baku yang betul dan ejaan