TEKNIK SPBTS: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT TUNGGAL DALAM
KALANGAN MURID TAHUN TIGA
Shazanani Affrena Binti Syahrulamir, Dr Caroline @ Lorena David
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pengajian Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran asas dalam bahasa Melayu yang perlu
dikuasai oleh murid. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meningkat penguasaan murid
tahun tiga dalam kemahiran membina ayat tunggal dengan menggunakan teknik SPBTS.
Teknik SPBTS merupakan akronim yang merujuk kepada siapa, perbuatan, bagaimana,
tempat, dan sebab. Kesemua elemen ini digunakan bagi membantu murid untuk membina ayat
tunggal dengan mudah. Enam murid tahun tiga dari sebuah Sekolah Kebangsaan telah diambil
sebagai peserta kajian dalam kajian ini. Semua murid ini mempunyai latar belakang kehidupan
yang berbeza dan telah menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Pengkaji telah mengambil model Kemmis dan McTaggart (1983) untuk diaplikasikan dalam
kajian ini. Model merupakan salah satu daripada model yang sering digunakan dalam kajian
tindakan di mana ia telah memperkenalkan empat langkah kitaran iaitu merancang, bertindak,
memerhati dan mereflek. Kaedah pengumpulan dan analisis yang digunakan oleh pengkaji
ialah melalui pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kedua-dua pendekatan ini dilaksanakan
dengan pemerhatian melalui senarai semak, analisis dokumen dan temu bual. Pengkaji
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif melalui pemerhatian, semakan latihan dan
temu bual. Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa kemahiran membina ayat tunggal bagi
peserta kajian telah meningkat melalui analisis data yang dilakukan. Kesimpulannya, teknik
SPBTS yang diaplikasikan dapat meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dalam
kalangan murid tahun tiga.
Kata Kunci: Kemahiran menulis, Tahun 3, Ayat tunggal, Teknik SPBTS