Pembaris HbKnkN Meningkatkan Penggunaan Huruf Besar Dalam Ayat Dan Noktah
Dalam Kalangan Murid Tahun 5
Siti Aiisah binti Morjadi
PISMP Bahasa Melayu SK (2)
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meningkatkan penggunaan huruf besar dalam ayat dan noktah dengan
menggunakan Pembaris HbKnkN dalam kalangan murid Tahun 5 di sekolah rendah daerah Tuaran,
Sabah. Kajian berbentuk kuantitatif iaitu kajian tindakan telah dijalankan ke atas seorang murid
perempuan berbangsa Kadazan. Data dikumpulkan dengan menggunakan empat instrumen iaitu
pemerhatian, analisis dokumen dan ujian (pra dan pos). Bagi mengukur sejauh manakah penggunaan
huruf besar dalam ayat dan tanda noktah dapat ditingkatkan, ujian pra dan ujian pos digunakan untuk
melihat perbezaan tahap penguasaan murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara dapat dilihat dalam ujian pos selepas intervensi
dijalankan. Kesimpulannya, penggunaan Pembaris HbKnkN dapat membantu meningkatkan
penggunaan huruf besar dalam ayat dan tanda noktah dalam penulisan bahasa Melayu.
Kata kunci: Huruf besar, Tanda noktah, Pembaris HbKnkN
ABSTRACT
This research is performed to increase the usage of capital letters in sentences and full stops with the
utilisation of Pembaris HbKnkN amongst standard 5 primary school students in the province of
Tuaran, Sabah. Research in quantitative manner which is action research has been undergone to
one pupil which is female student of Kadazan ethnicities. Data has been accumulated with the usage
of four instruments which are observation, document analysis, and examination (pre and post). Pre
and post-examination has been used to see the difference in the mastery level of the students before
and after intervention. Results have shown that there is a significant difference that can be observed
in the post-examination after intervention. In conclusion, the utilisation of Pembaris HbKnkN can help
in increasing the usage of capital letters in sentences and full stops in Bahasa Melayu writing
Keyword: Capital letters, Full stops, Pembaris HbKnkN