KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Bukan itu sahaja, pengkaji juga menggunakan analisis deskriptif dengan menggunakan
peratus. Data yang telah dianalisis akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah
bagi menunjukkan perbezaan setiapnya.


Kaedah Menyemak Data
Triangulasi diperlukan kerana setiap teknik memiliki keunggulan dan kelemahannya sendiri
(Jasmi, Kamarul Azmi, 2012). Jadi, triangulasi ini sebenarnya satu kombinasi yang boleh
meningkatkan kepercayaan dan kesahan data dalam melaksanakan penyelidikan kualitatif.
Oleh hal demikian, pengkaji menggunakan triangulasi sumber dengan meminta pandangan
daripada rakan praktikum pengkaji untuk melihat dan membincangkan kesalahan
penggunaan huruf kecil dalam ayat pada permulaan ayat, pangkal kata nama khas dan
tanda noktah dalam buku latihan PK. Berikut dalam Rajah 2 merupakan contoh hasil
penulisan dalam buku latihan PK.


Rajah 2: Contoh Hasil Penulisan PK
DAPATAN KAJIAN
Semasa melakukan tindakan, pengkaji telah menggunakan salah satu instrumen iaitu ujian
dalam bentuk menulis (Ujian Pra dan Ujian Pos) sebagai satu kaedah menilai keberkesanan
penggunaan Pembaris HbKnkN dalam membantu meningkatkan penggunaan huruf besar
pada permulaan ayat, pangkal kata nama khas dan tanda noktah.


Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pos PK
Jadual 2: Perbandingan Markah Ujia Pra dan Ujian Pos PK
Peserta Kajian Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos Perbezaan markah
PK 3 / 10 10 / 10 7

Free download pdf