KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PK bermula daripada hanya mendapat tiga markah daripada sepuluh telah berjaya
meningkatkan pencapaiannya sehingga mendapat markah penuh pada ujia pos. PK juga
dilihat lebih berhati-hati semasa menulis dengan menggunakan huruf besar yang betul pada
permulaan ayat, pangkal kata nama khas dan lebih memberi perhatian terhadap
penggunaan tanda noktah pada akhir ayat. PK juga dilihat berasa seronok dan teruja apabila
menggunakan Pembaris HbKnkN semasa menulis jawapan pada lembaran intervensi dan
latihan.
Hal ini jelas membuktikan bahawa Pembaris HbKnkN adalah satu alat yang boleh
mambantu meningkatkan penggunaan huruf besar dalam ayat dan tanda noktah terhadap
PK. Selain itu, pelaksanaan kajian tindakan ini telah membuktikan bahawa setiap kesalahan
murid dalam penulisan dapat diatasi sekiranya murid diberi peluang untuk memperbaiki
kelemahan melalui bimbingan yang berterusan dengan teknik, cara atau kaedah yang
bersesuaian. Kesimpulannya, dapatan kajian ini memberi rasa syukur dan berpuas hati
kepada pengkaji kerana PK dapat menunjukkan pencapaian yang amat memuaskan dalam
menggunakan huruf besar dalam ayat dan tanda noktah dengan betul.


CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Dalam usaha mengembangkan penyelidikan tindakan ini pada peringkat seterusnya,
pengkaji bercadang untuk meneruskan kajian dalam penggunaan huruf besar pada
SHUPXODDQD\DW\DQJPHOLEDWNDQKXUXI³6 ́³. ́³= ́GDQ³& ́+DOLQLGHPLNLDQNHUDQD3.
mengalami masalah cara menentukan cara penulisan yang betul bagi penggunaan huruf-
huruf ini. Bagi membantu PK dalam menulis huruf-huruf ini, pengkaji boleh menggunakan
kaedah ansur maju dalam meningkatkan penggunaan huruf besar tersebut. Kaedah ansur
maju merupakan satu kaedah secara peringkat demi peringkat yang boleh digunakan untuk
melatih menulis dengan betul dan boleh membantu PK mengingat cara penulisan bentuk
hurufnya. Dengan tindakan susulan ini akan dapat menambah baik amalan pegagogi
pengkaji. Hal ini demikian kerana sebagai pendidik, pegagogi merupakan satu asas yang
diperlukan untuk memberikan kualiti dalam PdPC agar mencapai objektif pembelajaran
dengan berkesan. Menurut Rusdin, Norazlin Mohd dan Siti Rahaimah Ali (2019), guru
perlulah memiliki kompetensi yang tinggi dalam merancang dan melaksanakan PdP yang
dapat memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21 menerusi amalan pegagogi yang
berkesan. Jelaslah bahawa pengkaji sememangnya perlu membuat penambahbaikan yang
berterusan dalam pegagogi pengajarannya.

Free download pdf