Berdasarkan analisis dan graf pencapaian ujian diagnostik daripada
kesemua lima orang murid, secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan
bahawa murid-murid ini masih belum menguasai kemahiran membina ayat
berdasarkan gambar serta tahap penguasaan mereka dalam membina ayat
masih berada pada tahap yang memuaskan dan hanya seorang murid berada
pada tahap baik.
Analisis dapatan pencapaian Ujian Penilaian dalam rajah menunjukkan
bahawa telah berlaku peningkatan dari segi gred bagi semua murid. Hal ini
menunjukkan bahawa kesemua murid telah berjaya menguasai kemahiran
membina ayat berdasarkan gambar. Graf ini juga telah membuktikan bahawa
penguasaan mereka dalam membina ayat berada pada tahap yang
cemerlang.
Analisis Data Dokumen
Jadual 1
Item Analisis Data Dokumen
Bil Item Skala Peratus
(%)
1 2 3
1 Murid dapat memahami penggunaan
Kaedah WADAH melalui pembinaan
ayat berpandukan gambar.
5 100%
2 Murid dapat mengenal pasti watak,
aktiviti, kata sendi dan huraian yang
terdapat dalam ayat melalui kaedah
WADAH dengan betul.
5 100%
3 Murid dapat menggunakan kata sendi
dengan tepat.
5 100%
4 Murid dapat membuat huraian yang
tepat berdasarkan gambar dan kata
sendi yang diberikan.
1 4 80%