KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya pengkaji dapat mengamati
dan mengenal pasti tingkah laku peserta kajian sepanjang sesi inervensi dijalankan.
Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap kemampuan
peserta kajian dalam membina ayat tunggal dengan lengkap dan berstruktur. Selain
itu ianya dapat memberikan gambaran tentang tahap keseronokan dan minat mereka
GDODP PHQJDSOLNDVLNDQ NDHGDK \DQJ GLSHUNHQDONDQ LDLWX WHNQLN μ-DGXDO 7DQ\D¶
Pemerhatian ini juga perlu dijalankan kerana ciri-ciri kualitatif seperti daya ingatan
atau pengecaman murid tidak dapat diukur melalui ujian secara bertulis seperti Ujian
Pra atau Ujian Pasca. Bagi meningkatkan hasil pemerhatian, pengkaji turut meminta
kerjsama guru subjek Bahasa Melayu di sekolah untuk memerhatikan peserta kajian.
Pemerhatian dijalankan sepanjang sesi intervensi menggunakan borang senarai
semak. Pengkaji membuat pemerhatian daripada empat tema iaitu minat, tingkah
laku, penglibatan dan masalah disiplin. Terdapat dua aspek diperhatikan dalam
setiap tema itu. Data-data pemerhatian itu direkodkan dan dibuat perbandingan.


Jadual 2: Borang Senarai Semak Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku
Free download pdf