ii. Analisis Data Pemerhatian
Rajah 2: Graf Peratusan Dapatan Pemerhatian
Berdasarkan graf pada rajah 2 menunjukkan, item yang digunakan oleh pengkaji
dalam pemerhatian terdiri daripada empat item. Pada item 1, dapat dilihat seramai 5
orang peserta kajian telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti menggunakan
teknik SAOKK sebanyak 100% berdasarkan pemerhatian pengkaji. Malah pada item
2 juga sebanyak 100% ditanda ya pada pemerhatian pengkaji selepas menjalankan
intervensi ketiga. Bagi item 3, sebanyak 20% sahaja yang ditanda ya manakala
selebihnya 60% ditanda tidak kerana pada hasil intervensi ketiga terdapat peserta
kajian yang melakukan kesalahan dalam menggunakan kata hubung yang sesuai
bagi membina ayat majmuk yang betul. Seterusnya bagi item terakhir, sebanyak
100% ditanda ya bagi setiap peserta kajian dalam membina ayat majmuk
berdasarkan gambar tunggal.