Rajah 3: Graf Kekerapan Hasil Soal Selidik Mengikut Item
Berdasarkan kepada hasil dapatan soal selidik, pengkaji dapat menyimpulkan
bahawa murid menunjukkan tingkah laku yang positif terutamanya dari segi minat
mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran kata sendi nama dengan
menggunakan alat bantu PeKaSe. Kenyataan ini turut disokong melalui hasil
dapatan soal selidik berdasakan respon yang diperoleh oleh murid di mana mereka
dapat mengaplikasikan bahan yang diberikan dengan betul serta mendorong minat
mereka untuk belajar kata sendi nama dengan adanya alat bantu PeKaSe yang
dapat memudahkan pemahaman mereka terhadap penggunaan kata sendi nama
μGDUL¶ GDQ μGDULSDGD¶ 3DGD DNKLU NDMLDQ SHQJNDML PHQGDSDWL EDKDZD PLQDW PXULG
WHUKDGDS SHPEHODMDUDQNDWD VHQGL QDPD μGDUL¶ GDQ μGDULSDGD¶ VHPDNLQ PHQLQJNDW
apabila murid memberitahu abhawa mereka seronok belajar menggunakan bahan
yang diberikan oleh guru dan ingin menggunakannya pada masa akan datang.
RUMUSAN DAN REFLEKSI KAJIAN
Hasil daripada dapatan kajian yang diperoleh, pengkaji membuat rumusan bahawa
berlakunya peningkatan dalam pencapaian murid yang sangat jelas dalam ujian pos
yang telah dilaksanakan oleh pengkaji. Pencapaian ini disebabkan oleh
keberkesanan intervensi yang telah digunakan oleh pengkaji iaitu alat bantu
PeKaSe. Pernyataan ini disokong melalui hasil pemerhatian dan analisis dokumen
yang mendapati murid berminat dengan pengajaran yang diperkenalkan iaitu dengan
menggunakan alat bantu PeKaSe kerana murid lebih mudah memahami konsep dan
tidak mudah lupa akan pengajaran yang telah diajarkan.
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4
Kekerapan Hasil Soal Selidik Mengikut Item
Ya Tidak