Walau bagaimanapun, pengkaji turut menghadapi kekangan sepanjang proses
pelaksanaan kajian dijalankan di mana pengkaji mempunyai masa yang agak singkat
untuk menyiapkan kajian di sekolah. Pengkaji menghadapi masalah untuk mencari
masa yang sesuai bagi melaksanakan kajian terhadap murid-murid. Hal ini
disebabkan oleh kepadatan jadual pengkaji dan juga murid yang tidak menentu.
Namun, pengkaji berasa terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak
pentadbir terutamanya untuk memberi kebenaran kepada pengkaji bagi menjalankan
kajian di sekolah tersebut. Tanpa kerjasama daripada pihak sekolah dan murid,
kajian ini tidak dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Rumusanya, hasil
daripada kajian ini pengkaji melihat bahawa murid-murid dapat menguasai
SHQJJXQDDQNDWDVHQGLQDPDμGDUL¶GDQμGDULSDGD¶GHQJDQEDLNGDQPHPEXNWLNDQ
bahawa kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji dengan menggunakan alat bantu
PeKaSe berkesan digunakan dalam mengatasi masalah ini.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Hasil penilaian kajian tindakan ini telah menunjukkan bahawa penggunaan alat
bantu PeKaSe dapat memberi impak yang positif dalam membantu peserta kajian
PHQLQJNDWNDQ SHQJXDVDDQ SHQJJXQDDQ NDWD VHQGL QDPD μGDUL¶ GDQ μGDULSDGD¶
dengan menggunakan akronim MAT-SABOH. Berdasarkan kepada kejayaan
kaedah yang dilaksanakan ini, pengkaji berhasrat untuk melanjutkan kajian ini
dengan beberapa cadangan iaitu:
i. Memfokuskan kepada membina ayat atau frasa kata sendi nama
ii. Menggunakan bahan interaktif berteraskan TMK
iii. Melaksanakan aktiviti melalui pembelajaran koperatif