Instrumen Pemerhatian
Dalam kajian ini, borang senarai semak pemerhatian digunakan dengan berfokus
kepada tingkah laku peserta kajian tersebut. Pemerhatian yang dijalankan ini
sebenarnya bertujuan untuk melihat sama ada pengaplikasian teknik DuJa dapat
meningkatkan motivasi murid dalam kemahiran menulis huruf besar dan kecil
WHUXWDPDQ\DEDJLKXUXIμV¶ μN¶GDQμF¶GHQJDQFDUD\DQJVHEHQDUGDQEHWXO-XVWHUX
motivasi yang dizahirkan melalui tingkah laku yang positif dapat menambah
keinginan peserta kajian memperbetul kebiasaan cara penulisan yang salah.
Dalam hal ini juga, tingkah laku yang positif hasil daripada peningkatan
motivasi mempengaruhi peserta kajian untuk terus memahirkan diri menggunakan
KXUXIEHVDUGDQNHFLOμV¶μN¶GDQμF¶%DKNDQSHUNDUDLQLWXUXWGLVRNRQJROHKNDMLDQ
Muhammad Syawal Amran (2021) yang telah beliau bentangkan dalam Prosiding
Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (Skepen) iaitu menekankan bahawa
kemahiran dalam pembelajaran adalah dipengaruhi oleh tingkah laku dan persediaan
seseorang untuk menerima sesuatu ilmu. Maka, nilai motivasi amat penting dalam
membentuk tingkah laku yang positif itu.
Instrumen Ujian Pra dan Pasca
Dalam kajian ini, ujian pra diberikan sebelum intervensi dijalankan manakala ujian
pasca pula diberikan selepas teknik DuJa diperkenalkan dan diaplikasi oleh peserta
kajian. Dalam hal ini, pengumpulan data dilakukan berdasarkan penilaian markah
yang ditetapkan berpandukan rubrik pemarkahan. Markah yang diberikan oleh
pengkaji akan dijumlah dalam bentuk skor.
Kemudian, nilai skor tersebut ditukar kepada peratusan bagi memperoleh
data yang jelas. Sebagai tambahan, keseluruhan ujian memperuntukkan 10 markah
dengan 5 bilangan soalan. Berdasakan rubrik yang dihasilkan, pengkaji
memperuntukkan markah setiap peserta kajian dengan melihat kriteria-kriteria dan
menentukan sama ada hasil penulisan murid berada pada tahap cemerlang, baik,
sederhana atau pun lemah. Setelah semakan dilaksanakan, hasil pencapaian
peserta-peserta kajian dalam ujian pra dan pasca dicatatkan dan dibuat
perbandingan.