PENGENALAN
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang sukar diajarkan dan dikuasai oleh
murid. Kenyataan tersebut bertepatan dengan pandangan Che Zanariah dan
Fadzilah dalam Yahya Othman (2018) yang menyatakan bahawa menghasilkan
penulisan merupakan proses yang kompleks dan perlu dilaksanakan mengikut tahap
secara sistematik. Penulisan karangan pula bermaksud cara teks dihasilkan dan cara
penulis mempersembahkan pemikirannya (Sulaiman Masri, 2006). Oleh itu, dalam
kajian ini pengkaji ingin meningkatkan penguasaan kemahiran menulis isi perenggan
karangan jenis fakta dalam kalangan murid Tahun Lima bertepatan dengan standard
kandungan dan standard pembelajaran dalam DSKP.
Pembelajaran kemahiran menulis menjadi mencabar kepada murid kerana
kemahiran tersebut melibatkan keupayaan meta kognisi. Pelbagai masalah berkaitan
penguasaan penulisan karangan terutamanya perenggan isi telah dinyatakan dalam
kajian-kajian lepas. Kajian daripada Aisyah, Zamri dan Azwa (2016) mendapati murid
menghadapi masalah untuk memulakan proses menulis karangan apabila
kekurangan idea bahkan sikap tidak minat mengarang antara faktor besar
mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan peserta kajian
mereka.
Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran mengembangkan isi karangan
jenis fakta dari semasa ke semasa, pengkaji mengambil pendekatan berbentuk
intervensi dengan memperkenalkan teknik sipaBaCK yang melibatkan penggunaan
%DKDQ %DQWX %HODMDU %%% μ-HQGHOD ,OPX¶ GLPDQD VL PHZDNLOL LVL XWDPD SD-
mengapa, Ba-Bagaimana, C-contoh dan K-kesimpulan. Bagi membantu murid
mengembangkan penguasaan dalam menghurai isi karangan jenis fakta, pengkaji
menerapkan teknik sipaBaCK dalam kalangan murid. Oleh itu, pengkaji cuba
mengaplikasikan teori konstruktivisme dimana bagi membantu murid membina
konsep atau pengetahuan baru, pengkaji perlu mengambil kira struktur kognitif yang
sedia ada pada murid. Apabila konsep baru telah disesuaikan dan diserap untuk
dijadikan sebahagian pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang cara
menulis karangan perenggan isi dapat dibina. Hal ini bertepatan dengan pendapat
John Dewey tentang teori konstruktivisme yang mengatakan bahawa pendidik yang
cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun
atau membina pengalaman baru secara berterusan.