KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Rajah 5.1: Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca

Hasil perbandingan ujian pra dan pasca menunjukkan keempat-empat peserta kajian
berjaya meningkatkan kemahiran mengolah huraian dan menyusun idea penulisan
menggunakan teknik sipaBaCK. Peningkatan skor markah bagi semua peserta
kajian juga meningkat sehingga 13 ke 15 markah perbezaan antara ujian pra dan
pasca. Perkara ini disebabkan penggunaan pemetaan minta dengan persoalan yang
ada pada teknik menyebabkan pemikiran murid lebih terarah dan terancang
mengikut fungsi yang digambarkan. Tindakan yang dilakukan oleh pengkaji adalah
mengubah kaedah PdP sedia ada di dalam kelas. Perubahan kaedah pengajaran
menggunakan teknik sipaBaCK telah berjaya meningkatkan mutu olahan dan
susunan idea murid.


Dapatan Melalui Pemerhatian


Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah membuat
pemerhatian terhadap penulisan isi karangan jenis fakta peserta kajian dari segi
penghasilan dan pengembangan idea serta penyusunan ayat. Pengkaji telah
menyediakan satu borang pemerhatian yang meliputi kandungan-kandungan yang
ingin diperhatikan sebelum dan selepas intervensi dijalankan.


0 5 10 15 20 25

Peserta Kajian D

Peserta Kajian C

Peserta Kajian B

Peserta Kajian A

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pasca


Ujian Pasca Ujian Pra
Free download pdf