KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Berdasarkan rajah dan jadual di atas, pengkaji mendapati berbezaan
terhadap tahap penguasaan peserta kajian sebelum dan selepas intervensi
dijalankan. Sebelum intervensi dijalankan, keempat-empat peserta kajian hanya
mampu mengenal pasti isi utama yang hendak ditulis pada setiap perenggan namun
tidak berupaya untuk mengolah isi karangan jenis fakta tersebut. Namun begitu,
setelah intervensi dijalankan, pengkaji mendapati kesemua peserta kajian dapat
menguasai pada tahap yang baik mengenai semua aspek dalam item borang
pemerhatian yang memperihalkan mengenai pengenalpastian isi utama serta
menghuraikan isi tersebut dengan baik berserta contoh dan kesimpulan.


Pemerhatian Nota Lapangan


Jadual 5.2.1


Catatan pemerhatian nota lapangan


Peserta Kajian
(Murid)

Catatan Pemerhatian

A (^) x Semasa menggunakan teknik sipaBaCK, Murid A
dapat memahami dengan cepat cara
penggunaannya.
B x Semasa menggunakan teknik sipaBaCK, Murid B
berulang kali bertanya bagi setiap akronim dalam
teknik.
C x Semasa menggunakan teknik sipaBaCK, Murid C
berkerut dan bingung kerana tidak faham cara
penggunaan teknik sipaBaCK.
D (^) x Semasa menggunakan teknik sipaBaCK, Murid D
fokus dan tidak ingin diganggu kerana cuba
memahami betul-betul penggunaan teknik
sipaBaCK.

Free download pdf