Jadual 5.3.2
Dapatan Kekerapan dan Peratusan Soal Selidik Sebelum dan Selepas Intervensi
PENYATAAN SEBELUM SELEPAS
YA TIDAK YA TIDAK
f Peratusan
(%)
f Peratusan
(%)
f Peratusan
(%)
f Peratusan
(%)
ITEM 1
2 50 2 50 4 100 0 00
ITEM 2
2 50 2 50 4 100 0 00
ITEM 3
1 25 3 75 4 100 0 00
ITEM 4
0 00 4 100 4 100 0 00
ITEM 5
0 00 4 100 4 100 0 00
Jadual 5.3.2 menunjukkan perbandingan peratusan hasil dapatan soal
selidik sebelum dan selepas intervensi. Terdapat peningkatan dari aspek minat dan
kemampuan peserta kajian dalam kemahiran menulis isi karangan jenis fakta.
Dapatan menunjukkan peningkatan sebanyak 50% bagi item 1 dan item 2 daripada
50% ke 100% dengan kekerapan seramai 4 orang peserta kajian meminati mata
pelajaran Bahasa Melayu dan sudah mahir menulis karangan jenis fakta setelah
menggunakan teknik sipaBaCK. Manakala, peningkatan sebanyak 75% daripada
25% ke 100% pada item 3 membuktikan bahawa persoalan yang terdapat dalam
teknik sipaBaCK memudahkan peserta kajian untuk menghuraikan isi secara
keseluruhan bagi karangan jenis fakta. Bukan itu sahaja, Item 4 dan Item 5 pula
menunjukkan perubahan yang positif dengan peningkatan sebanyak 100%.
Berdasarkan hasil soal selidik, pengkaji mendapati teknik sipaBaCK telah memberi
idea kepada setiap peserta kajian mengenai perkara yang perlu ditulis dalam isi
karangan yang merangkumi aspek mengapa, bagaimana, contoh dan kesan bagi
menghuraikan isi utama.