Berdasarkan jadual 7.1.3 (a), jelas dilihat bahawa terdapat peserta kajian
yang mendapat markah di tahap minimum iaitu kurang daripada 3 markah semasa
ujian pra jika dibanding dengan ujian pos. Dalam ujian pos, keempat-empat peserta
kajian berjaya mendapat markah penuh iaitu di tahap cemerlang.
Rajah 7.1.3 (b): Graf Perbandingan Skor Markah Peserta KajianBerdasarkan dapatan daripada ujian pra dan ujian pos yang dijalankan, P1
dan P3 mempunyai peningkatan skor markah tertinggi iaitu sebanyak 7 markah.
Manakala P2 dan P4 mempunyai peningkatan skor markah sebanyak 5 markah.
Secara keseluruhanya, keempat-empat peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan dengan memperolehi markah penuh sekaligus berada di tahap
cemerlang pada ujian pos. Hal ini membuktikan bahawa, proses-proses intervensi
yang dilaksanakan menggunakan origami KeKuNa telah berjaya meningkatkan
penguasaan murid dalam penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan tanda
noktah pada akhir ayat.
0123456789P1 P2 P3 P4Skor MarkahPesertaPerbezaan Skor Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
UJIAN PRA UJIAN POS