KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
v

PRAKATA

KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Institut Pendidikan Guru Kampus Kent


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, dan
salam 1KENT;


Kerana Engkau Nama Terbilang.


Koleksi Artikel Penyelidikan ini diilhamkan sebagai variable dan petunjuk
keperkasaan penulisan ilmiah warga Kent dalam bidang kajian. Koleksi Artikel
Penyelidikan merupakan himpunan kajian yang telah dihasilkan oleh para pelajar
Program Pensiswazahan Guru, Semester Akhir, 202 IPGK Kent dengan bimbingan
pensyarah jabatan. Justeru, melalui garapan pelbagai bentuk kajian dan teknik, kajian ini
diharap dapat mengongsi dan menyeberluaskan usaha memperkasakan amalan
penyelidikan dalam kalangan guru permulaan. Tegasnya, nilai insaniah dan ihsaniah
dalam mendidik warga Malaysia akan dilestarikan berdasarkan citra peribadi yang
diselarikan dengan sifat keikhsanan dan keinsanan mulia.


Kandungannya yang berbentuk manuskrip teks, jadual, paparan foto dan inti
siratan dirasakan mampu menjelaskan kandungan dan nilai maknawi yang ingin
disampaikan oleh pengkaji. Menerusinya, pengkaji atau pihak akan mudah untuk
mendapat capaian kandungan dalam sajian kajian susulan secara ekspresif,
komprehensif dan mudah. Semua artikel kajian terpilih yang dimuatkan dalam koleksi ini
merupakan kajian asli para pelajar PISMP Semester Akhir 2022 dengan bimbingan
berterusan pensyarah. Pastinya setiap kajian ini memberikan gambaran kepada
pembaca tentang alir permikiran, persoalan, teknik dan tindakan pragmatik yang sering
menyelubungi rasa keprihatinan dalam kalangan pengkaji terhadap profesionalisme
keguruan.


Sebagai penyelanggara, kami berharap koleksi ini dapat memberikan suntikan
jiwa dan semangat kepada pengkaji dan pembaca untuk menghayati dan akhirnya
menghasilkan kajian sendiri agar SHOHVWDULDQ μVRIW VNLOO¶ NHPDKLUDQ UDVD SHGXOL GDQ
kemahiran intrapersonal dalam kalangan mereka dapat diperkukuhkan. Kami juga
mengharapkan pengguna atau pembaca dapat memanfaatkan koleksi ini semaksimun
mungkin dan sebarang maklum balas dalam bentuk komen, pendapat dan cadangan
amatlah diharapkan demi kecemerlangan profesionalisme warga dalam
pendokumentasian karya bernilai tambah.


Sekian Terima kasih


DR. EFFENDY BIN YUSUFF

Free download pdf