Rajah 4: Graf perbandingan peratus markah tindakan 3 dan tindakan 4
Berdasarkan hasil dapatan kajian di atas, pengkaji mendapati
bahawa
berlaku peningkatan dan penurunan markah murid dalam langkah tindakan
ini. Hal ini berkemungkinan berlaku disebabkan oleh dua orang murid masih
gagal untuk mengingati warna yang digunakan untuk ditulis pada pembaris
ilmu. Kedua-dua murid ini ialah murid tiga dan empat yang mana terdapat 16
dan lapan peratus penurunan daripada langkah tindakan ketiga. Bagi murid
satu, dua dan lima pula, berlaku peningkatan daripada langkah tindakan ketiga
dan keempat iaitu sebanyak 16, 12, dan lapan peratus. Peningkatan ini
bermakna bahawa teknik Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA yang digunakan oleh
pengkaji mampu meningkatkan konsep perluasan dalam ayat tunggal dalam
kalangan murid. Dalam keempat-empat intervensi yang dijalankan, percapaian
murid amat memberangsangkan dan dapat menguasai kemahiran perluasan
ayat tunggal meskipun masih terdapat penurunan yang sedikit.
Perbandingan Peratusan Markah Tindakan 3 dan tindakan
4
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
80 80 80 80
72 72
64 68
72
56
Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5
Ujian Pra Ujian Pos