KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Berdasarkan Graf 2, menunjukkan hasil dapatan soal selidik yang dijalankan
selepas tindakan menggunakan peratus. Bagi item pertama, pengkaj menilai tahap
minat peserta kajian dalam menggunakan Teknik Roket KASif untuk membina ayat
tunggal. Sebanyak 100% peserta kajian menunjukkan minat mereka dalam
menggunakan teknik ini bagi membina ayat tunggal. Seterusnya, bagi item kedua,
pengkaji memfokuskan kepada kefahaman murid dalam menggunakan teknik Roket
Kasif. Pengkaji ingin melihat sejauh mana murid mampu menggunakan teknik ini
setelah diperkenalkan. Setelah dianalisis, semua peserta kajian bersetuju bahawa
mereka memahami cara penggunaan teknik Roket KASif dalam membina ayat
tunggal. Selain itu, bagi item ketiga, pengkaji melihat kepada kebolehan peserta
kajian dalam menggunakan Roket KASif untuk membina ayat tunggal. Semua
peserta kajian mencapai 100% dalam item ini. Akhir sekali, bagi item keempat peserta
kajian juga mencapai 100% iaitu Teknik Roket KASif ini mudah diingati bagi membina
ayat tunggal.


Dapatan Kajian Bagi Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2


Jadual 5: Perbandingan kekerapan analisis Pemerhatian 1 & Pemerhatian 2


Bil Kod Item Ya Tidak
1 2 1 2
f P% f P% f P% f P%


  1. M1 3 75 4 100 1 25 0 0

  2. M2 2 50 4 100 2 50 0 0

  3. M3 3 75 4 100 1 25 0 0

  4. M4 1 25 3 75 3 75 1 25

  5. M5 0 0 4 100 4 100 0 0

  6. M6 4 100 1 25 0 0 3 75

Free download pdf