Akhir sekali, pengkaji membuat penambahbaikan terhadap bahan bantu
mengajar bagi teknik Roket KASif ini. Pengkaji boleh menukarkan teknik ini dari rajah
kepada bahan maujud. Ini kerana murid gemar akan bahan yang melibatkan deria
terutamanya deria sentuh dan lihat. Bahan maujud ini akan membantu minat murid
terhadap pembinaan ayat tunggal.
IMPLIKASI
Melalui penggunaan Teknik Roket KASif ini, murid-murid dapat meningkatkan
kefahaman yang baik dari segi pembinaan ayat. Murid-murid juga dapat
meningkatkan markah dalam ujian mereka dalam aktiviti membina ayat. Selain
itu,murid-murid ini juga dapat memberikan fokus yang baik ketika proses PdP
sedang berlangsung. Murid-murid dapat menyiapkan tugasan membina ayat dengan
baik dan gramatis. Guru lebih bersemangat untuk mengajar murid-murid ini dengan
menggunakan Teknik Roket KASif. Selain itu juga, penggunaan Teknik Roket KASif
ini menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dengan menggunakan
pelbagai teknik dan pendekatan agar dapat mengatasi permasalahan dan
kelemahan murid membina ayat tunggal yang baik dan gramatis