Kajian kualitatif adalah sebagai reka bentuk kajian anjal kerana reka bentuk
kajian kualitatif tidak menetapkan secara khusus apa dan bagaimana kajian hendak
dijalankan pada awal kajian (Trochim 2006). Dalam kajian kualitatif ini, penyelidik
perlu memilih saiz sampel yang kecil, oleh itu pengkaji telah memilih enam orang
murid sahaja dalam kajian ini. Instrumen bagi kajian kualitiatif terbahagi kepada tiga
iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pengkaji telah menggunakan
dua daripada tiga instrumen tersebut iaitu pemerhatian dan temu bual. Isu berkaitan
kesahan kajian kualitatif sering dibahas oleh para sarjana (Mokmin Basri, 2012). Hal
ini kerana kajian kualitiatif cenderung untuk terdedah kepada ralat seperti temu bual
yang berlebihan, berat sebelah atau jawapan tidak tepat (Patton, 2002). Justeru, bagi
meningkatkan kredbiliti kajian, pengkaji telah mengaplikasikan teknik triangulasi yang
sememangnya diterima sebagai cara mengesah kajian kualitatif. Triangulasi boleh
difahami sebagai kaedah integrasi yang berbeza bagi mendapatkan lebih daripada
satu bentuk data supaya dapatan kajian kualitatif akan lebih meyakinkan (Ashid Ali).
LANGKAH PELAKSANAAN TINDAKAN
Langkah 1:
Pengkaji mengedarkan lembaran soalan berkenaan penjodoh bilangan buah
dan biji yang sama kepada keenam-enam murid. Murid perlu menjawab soalan itu
berdasarkan pengetahuan mereka. Masa yang diberikan adalah selama 15 minit
kerana soalan yang diberikan terkandung 11 soalan sahaja. Setelah selesai,
pengkaji mengutip lembaran kerja murid untuk disemak. Langkah ini dilaksanakan
pada minggu pertama pelaksanaan kajian ini. Ianya bertujuan untuk mendapatkan
data awal tentang tahap kefahaman murid terhadap topik penjodoh bilangan buah
dan biji.
Langkah 2:
Pada minggu seterusnya, pengkaji membuka komputer riba dan memaparkan
gamifikasi Kembara PBBuJi kepada murid-murid. Kesemua murid menunjukkan
minat terhadap paparan pengkaji. Pengkaji menerangkan tentang aktiviti Kembara
PBBuJi kepada murid. Pengkaji memanggil seorang demi seorang murid untuk
EHUPDLQSHUPDLQDQ³.HPEDUD3%%X-L ́LWXGHQJDQDUDKDQSHQJNDML3HQJNDMLKDQ\D
memberikan arahan tentang cara bermain dan tahap yang perlu dimainkan manakala
murid sendiri yang perlu berusaha untuk menjayakan permainan dengan menjawab