KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGGUNAAN TEKNIK (TaDTaAT + WIsHuP + CaRap) DALAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN FAKTA BAGI MURID
TAHUN LIMA

NURUL IZZAH BINTI MOHD FADZIL
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat peningkatan penguasaan kemahiran menulis
dalam penulisan karangan jenis fakta menggunakan teknik TaDTaAt + WIsHuP +
CaRap bagi murid Tahun 5. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sejauh manakah
teknik yang diperkenalkan dapat membantu murid dalam menghasilkan karangan
yang baik. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 di sebuah
sekolah di daerah Kangar, Perlis. Berdasarkan tinjauan awal, pengkaji mendapati
peserta kajian mempunyai masalah kurang kemahiran dalam mengembangkan isi
karangan. Oleh itu, pengkaji menggunakan teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap
sebagai inisiatif untuk mengatasi masalah ini. Pelaksanaan kajian ini berpandukan
kepada Model Kurt Lewin (1948) untuk dijadikan sumber rujukan dan panduan
sepanjang pengkaji melaksanakan kajian ini. Pengkaji mengumpul data awal melalui
tiga cara iaitu pemerhatian, ujian dan temu bual. Bagi pengumpulan data akhir,
pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, ujian dan soal selidik. Kaedah
gabungan diaplikasikan oleh pengkaji untuk menganalisis data kualitatif dan
kuantitatif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan teknik TaDTaAt +
WIsHuP + CaRap ini dapat membantu murid untuk mengembangkan isi dalam
penulisan karangan jenis fakta kepada peserta kajian. Kesan kajian ini terhadap
tahap penguasaan kemahiran mengembangkan isi karangan jenis fakta dapat
digunakan oleh guru untuk membantu murid.


Kata Kunci: Kemahiran Menulis, Tahun 5, teknik mnemonik, TaDTaAt + WIsHuP +
CaRap

Free download pdf