KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Merujuk kepada graf di atas, peserta kajian menunjukkan tahap prestasi yang baik
walaupun berbanding sebelum melaksanakan langkah tindakan. Daripada 4 orang
peserta kajian hanya seorang murid sahaja yang masih lemah untuk menulis
karangan dengan susunan yang terancang dan kemas secara keseluruhan. Peserta
kajian lain dapat mengikut teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap yang diperkenalkan
oleh pengkaji.


REFLEKSI DAN CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Melalui dapatan kajian yang diperoleh sepanjang melaksanakan kajian ini, pengkaji
mendapati secara keseluruhannya objektif kajian dapat dicapai dengan jayanya.
Peningkatan prestasi peserta kajian dapat diukur melalui hasil dapatan tindakan dan
ujian-ujian yang dijalankan. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, pengkaji
mendapati bahawa peserta kajian dapat menggunakan teknik yang diperkenalkan
dengan baik. Peningkatan peserta kajian daripada tidak dapat mengembangkan isi
karangan, tidak dapat memenuhi kehendaki soalan sehinggalah peserta kajian tahu
mengembangkan isi karangan dengan baik dan memenuhi kehendak soalan.
Walaupun isu ini tidak seratus peratus dapat diatasi namun timbulnya perbezaan
pencapaian peserta kajian yang dapat dilihat berdasarkan perbezaan markah yang
meningkat daripada ujian diagnostik.


Teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap dapat meningkatkan kemahiran murid
untuk mengembangkan isi karangan dengan baik. teknik ini membantu peserta
kajian menulis pendahuluan dengan teratur, mengembangkan isi setiap karangan
dengan baik, menulis karangan yang mempunyai koheren dan kohensi serta menulis
penutup sesuai dengan kehendak soalan.


Teknik TaDTaAt + WIsHuP + CaRap ini merupakan satu bentuk inovasi yang
dicadangkan oleh pengkaji. Sebelum ini, kaedah pengajaran penulisan karangan
sering dijelaskan seperti biasa tanpa menggunakan apa-apa singkatan atau akronim
yang memudahkan murid-murid untuk mengingat cara menulis. Sebagai contoh,
guru hanya memberitahu murid untuk meletakkan penanda wacana, isi utama,
huraian atau contoh isi yang diberikan. Namun, kaedah pengajaran seperti itu tidak
berkesan kerana murid-murid tidak dapat mengingat dengan baik cara untuk
mengembangkan isi karangan.

Free download pdf