Perbandingan Ujian Diagnostik dan Ujian
Pencapaian
M5
M4
M3
M2
M1
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100
UjianDiagnostik Pencapaian Ujian
(^)
(^)
(^)
(^)
(^)
(^)
Rajah 2: Perbandingan Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian
Berdasarkan Ujian Diagnostik dan Ujian Pencapaian yang telah dilaksanakan
oleh pengkaji, didapati bahawa berlaku peningkatan yang baik bagi setiap
murid. Hal ini kerana walaupun terdapat peningkatan yang sedikit, namun
masih juga berlaku peningkatan dalam kedua-dua ujian ini. Hal ini telah
membuktikan bahawa penggunaan teknik PSP telah membantu murid untuk
membina ayat tunggal secara gramatis berdasarkan gambar yang telah
diberikan. Bagi M1, sebanyak 10% peningkatan markah telah berlaku dimana
murid ini telah memperoleh 60% pada Ujian Diagnostik dan 70% pada Ujian
Pencapaian. Murid ini juga telah menukarkan status grednya kepada C menjadi
B. M2 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 20% daripada 40% dan
menyandang gred D kepada 60% gred C. Manakala bagi M3 dan M4, kedua
orang murid ini telah menunjukkan peningkatan yang baik dimana sebanyak
40% peningkatan dari gred D ke A. Hal ini kerana pengkaji telah membuat
bimbingan secara terus kepada murid bagi memahami konsep teknik PSP
dengan baik. M5 telah menunjukkan prestasi yang baik iaitu sebanyak 40%
peningkatan telah dicatatkan daripada 50% gred C kepada 90% gred A.