KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

menukarkan status grednya kepada B menjadi A. M2 pula menunjukkan
peningkatan sebanyak 40% daripada 40% dan menyandang gred D kepada
80% gred A. Manakala bagi M3 pula, murid ini telah menunjukkan peningkatan
sebanyak 50% kepada 60% tetapi masih mengekalkan gred C. Walaupun
begitu, murid tetap mengalami peningkatan sebanyak 10% walaupun masih
berada pada gred yang sama. M4 dan M5 pula masing-masing telah
menunjukkan prestasi yang baik iaitu sebanyak 40% peningkatan telah
dicatatkan daripada 50% gred C kepada 90% gred A.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN


Pengkaji berasa bangga dan bersyukur kerana telah melaksanakan kajian
dengan jayanya. Walaupun terdapat pelbagai halangan dan cabaran yang
mendatang, namun kepentingan ilmu yang telah diperolehi lebih bermakna
berbanding beribu halangan yang mendatang. Pengkaji juga telah mempelajari
cara penyelesaian yang bermakna terhadap masalah pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku di sekolah. Kajian memerlukan kesabaran yang
tinggi disamping memerlukan komitmen dan tanggungjawab penuh bagi
memastikan tindakan yang dilaksanakan dapat memberikan impak yang positif
serta mencapai objektif kajian yang telah disasarkan.


Berdasarkan dapatan kajian terhadap kelima-lima orang murid ini, jelaslah
bahawa penggunaan teknik PSP dalam kemahiran membina ayat gramatis
dalam kalngan murid tahun 5 telah membuktikan keberkesanannya. Murid telah
menunjukkan kemajuan dan pencapaian yang memberangsangkan malah
murid berasa seronok kerana dapat membina ayat dengan teknik yang sangat
membantu dan mudah. Pengkaji juga turut berasa yakin dalam pelaksanaan
kajian ini terutama sekali dalam pelaksanaan langkah tindakan menggunakan
teknik latihan secara berperingkat. Tuntasnya, pemilihan penggunaan teknik
PSP ini telah membantu murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
membina ayat berpandukan gambar bukanlah sesuatu idea yang sia-sia.
Malah ianya menjadi pilihan dan teknik yang sangat tepat serta mudah
terhadap peserta kajian.

Free download pdf