PENGENALAN
Matapelajaran Bahasa Melayu merangkumi lima kemahiran yang perlu dikuasai iaitu
kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan bertutur,
tatabahasa dan seni bahasa. Setiap kemahiran ini harus dikuasai untuk
memantapkan bahasa murid dari segi pembacaan, penulisan, pendengaran dan
pertuturan mereka. Pada tahun 2021, satu berita tergempar telah diumumkan oleh
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md JIdin di mana Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya yang menyebabkan
pentaksiran bilik darjah dijalankan berasaskan sekolah. Justeru itu, murid akan diuji
melalui pentaksiran seperti kuiz, kerja projek, ujian bulanan atau peperiksaan
peringkat sekolah.
Hasil daripada pemansuhan ini, murid ditaksir oleh guru dalam semua mata
pelajaran yang dipelajari. Guru perlu menguji tahap kebolehan murid dalam setiap
kemahiran yang terkandung dalam mata pelajaran masing-masing. Dalam
matapelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menguji murid melalui aktiviti yang
dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung atau latihan yang
diberikan kepada murid untuk dijawab secara kendiri. Melalui situasi pembelajaran
kini, guru bukan sahaja perlu mengajar memberi ilmu bahkan membimbing murid
untuk mendapatkan dalam pembelajaran mereka. Selaras dengan pendapat Ashley
& Trisha (2013) yang menyatakan bahawa guru sekolah rendah merupakan orang
yang berperanan penting untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar di sekolah.