KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

disediakan, murid akan dapat berdikari dan berusaha untuk meningkatkan
pembacaan mereka tanpa perlu menunggu giliran dari rakan sekelas yang lain.


Akhir sekali, menyediakan tempat penyimpanan alat perakam suara dan kad
bacaan yang lebih selamat dan menarik. Sebelum ini, pengkaji hanya meletakan alat
dan bahan pada beg kertas yang tidak mempunyai corak. Ini menyebabkan apabila
pengkaji masuk ke kelas, murid tidak kelihatan teruja atau tertanya-tanya barang
yang dibawa. Oleh itu, pengkaji akan menyediakan sebuah kotak yang lebih menarik
dan dihiasi dengan warna, tulisan serta corak yang dapat menarik perhatian murid.


IMPLIKASI


Kekuatan yang dikenal pasti oleh pengkaji dalam kajian ini ialah dapat melihat
keberkesanan teknik BaKit dalam kemahiran membaca murid. Pengkaji berpendapat
bahawa peningkatan yang ditunjukkan oleh murid dalam pembacaan mereka
menunjukkan satu perkara yang positif untuk kajian ini. Ianya juga salah satu objektif
yang berjaya dicapai di mana teknik BaKit dapat membantu meningkatkan
kemahiran membaca murid. Seterusnya, alat perakam suara dan kad bacaan dapat
menarik perhatian murid kerana penggunaannya yang seakan-akan seperti telefon
pintar. Perkara ini menyebabkan murid teruja untuk mencuba dan menggunakan
teknik BaKit dalam kemahiran membaca mereka. Selain itu, teknik BaKit sesuai
digunakan oleh murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya kemahiran
membaca. Hal ini dikatakan demikian kerana merujuk pada data dan graf yang telah
dibina, murid menunjukkan peningkatan yang bermakna teknik BaKit sesuai
digunakan dalam kemahiran membaca murid.


Kelemahan yang didapati oleh pengkaji dalam kajian ini ialah murid terpaksa
menunggu giliran untuk menggunakan teknik BaKit. Perkara ini disebabkan oleh alat
perakam suara dan kad bacaan yang disediakan hanya dua set sahaja. Kesannya,
murid lain terpaksa menunggu dan telah melihat proses atau cara bagaimana teknik
BaKit dijalankan dengan hanya meniru cara rakan membaca. Ianya menyebabkan
pengkaji sukar untuk menilai tahap pembacaan murid sama ada dari diri mereka
sendiri atau dari rakan yang lain. Seterusnya, bahan yang digunakan untuk alat
perakam suara tidak kukuh menyebabkan alat mulai kelihatan rapuh. Perkara ini
menjejaskan kualiti teknik BaKit yang menjadi satu keterujaan murid. Oleh itu,
pengkaji terpaksa perbaiki alat perakam suara semasa murid menjalankan
intervensi.

Free download pdf