KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

FOKUS KAJIAN
Kebanyakan penahu Melayu menghuraikan imbuhan peN- bahasa Melayu
EHUGDVDUNDQ VWUXNWXU GDQ IXQJVL =D¶ED   $VPDK   1LN 6DILDK HW DO
(2011) dan beberapa lagi orang penahu bersetuju mengatakan imbuhan ini selalunya
merujuk kepada agen dan alat. Ada juga penahu yang memberikan makna peN-
sebagai penderita, kelaziman dan penanda abstrak. Dalam hal ini, makna yang
diberikan pada imbuhan peN- agak luas yang kadang kala bertindih dan secara tidak
langsung boleh menimbulkan kekeliruan dan kesilapan dalam penulisan (Hashimah
dan Harith. 2009).
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti kesalahan
tatabahasa dalam kalangan murid tahun 4 Marikh di Sekolah Kebangsaan Kampung
Hulu Tuie, Betong Sarawak. Dalam penyelidikan ini, didapati banyak kajian dilakukan
terhadap permasalahan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid,
khususnya dari aspek tatabahasa seperti penulisan huruf besar pada awal ayat,
penulisan tanda baca yang sesuai pada tempatnya, penulisan ayat yang menepati
sistem tatabahasa dan sebagainya. Namun demikian, kajian ini memfokuskan
tentang masalah penulisan imbuhan peN- pada kata nama. Menurut Jeniri (2005),
Bahasa Melayu mudah untuk dipelajari, tetapi susah untuk dikuasai.
Dalam pembelajaran bahasa, Corder (1973) dalam Baidura dan Jamilah
(2012) telah mengkategorikan 4 kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, iaitu
pengguguran unsur-unsur yang perlu, penambahan unsur yang tidak perlu atau tidak
tepat, pemilihan unsur yang tidak tepat dan penyusunan unsur yang salah. Walau
bagaimanapun, menurut Corder lagi, kategori-kategori tersebut belum mencukupi
untuk menjelaskan kesalahan seterusnya beliau menyertakan kesalahan bagi
peringkat-peringkat linguistik seperti morfologi, sintaksis dan leksikon.
Merujuk kepada kajian-kajian lepas, Baidura dan Jamilah (2012) turut
menyentuh mengenai kesalahan penggunaan imbuhan dalam kalangan pelajar asing
di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Setiap kesilapan dan kesalahan
penggunaan imbuhan telah dikenal pasti dengan Analisis Kesalahan Tatabahasa
menerusi penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Ahmad
Shahril (1996) menyimpulkan bahawa pelajar yang kurang melakukan latihan aspek-
aspek tatabahasa didapati mempunyai pencapaian yang lemah dalam aspek-aspek
tersebut.

Free download pdf