KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Berdasarkan Rajah 2 di atas menunjukkan keputusan graf ujian diagnostik yang
telah dijalankan pada peserta kajian. Dalam kajian ini, instrumen kajian yang
dibangunkan adalah soalan berbentuk objektif yang mengandungi 20 soalan
berkaitan dengan aspek tatabahasa iaitu kata tanya, kata pemeri, kata nafi dan
kata penguat. Pada aspek kata tanya dapat dilihat rata-rata telah mencapai markah
dalam 3-5 yang menunjukkan peserta kajian memahami konsep kata tanya pada
tahap yang baik. Seterusnya, bagi aspek kata nafi pula, menunjukkan peserta kajian
kebanyakkan mencapai markah 4 daripada lima soalan dengan betul dan hanya
P4 sahaja yang mencapai markah 3. Aspek kata penguat pula, dapat dilihat
peserta kajian P4 dan P5 mencapai markah 4 manakala P1 dan P3 masing-
masing mencapai 3 markah dan baki iaitu P2 mencapai 2 markah. Hal ini
menunjukkan peserta kajian juga mengalami masalah pada aspek kata penguat.
Akhir sekali, pada tahap yang paling membimbangkan adalah pada aspek
kata pemeri yang mana daripada graf tersebut, tahap penguasaan peserta kajian
adalah sangat rendah. Markah yang paling tinggi yang diperoleh adalah dua
sahaja yang betul daripada lima soalan iaitu daripada P1, P4 dan P5 manakala
bagi peserta kajian P2 dan P3 menunjukkan hanya satu soalan sahaja yang betul
daripada soalan kata pemeri. Hal ini menunjukkan kelemahan yang sangat ketara
dapat dilihat yang paling kerap berlaku adalah pada konsep kata pemeri. Hasil
dapatan daripada ujian yang telah dijalankan, pengkaji telah mengenal pasti isu
yang kritikal dalam aspek tatabahasa yang perlu diperbaiki agar dapat
meningkatkan prestasi murid dalam aspek tatabahasa khususnya. Oleh itu,
pengkaji akan merancang dan mencari jalan penyelesaian berbentuk intervensi
bagi membantu mengatasi masalah murid yang keliru dengan penggunaan konsep
kata pemeri.

Free download pdf